Pegawai Maybank, saya minta maaf!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terpanggil diriku ni untuk bersuara sedikit atas ke"blur"an aku. Camner yek nak cerita ni. Hari ni aku pergi Muadzam Shah untuk menyetelkan urusan masukkan duit. Mula2 aku dan Alang(adik aku) singgah dulu kat Bank Islam untuk deposit duit untuk mak aku. Tulis menulis no akaun akulah sebab Alang ni tak berapa tahu sangat sebab baru lepas PMR tapi kalau ko tengok badan Alang macam budak lepasan SPM. Macho ko. haha. puji adik sendiri plak.

Pahtu aku pun bagi lah slip tu kat Alang sebab aku nak berkejar2 dengan Maybank pulak. Masa nak bagi tu, pergh salah tulis no akaun pulak. Dah kena buat semula, aduh menyampah tol buat kerja 2 kali. Tak suka! Ok, setel kat Bank Islam, aku berjalan laju deras sampai gegar segala lemak2 di punggungku. Tak kisahlah yang penting aku tak ketinggalan nak masukkan duit kat Maybank.

Sampai Maybank ingat nak transfer duit pakai kad jer, alik2 kad tak leh baca. Sedih ar memang kene masuk gak gunakan slip. Masa nak amik slip tu aku main amik jer sebab nak cepatkan. Masa nak tulis no akaun aku pelik asallah tak cukup kotak dan terlalu nipis slip. Sehelai jer. Bila salah tulis , aku tukarlah amik slip lain. Pah setel tulis, aku nak duduklah. Tetiba terpandang kotak slip yang aku amik tu untuk pengeluaran. hahaha. Bodoh betul aku ni. Patutlah lain macam jer. Dah tu aku pun tukarlah slip.

Aku dah amik no giliran, duduklah tunggu no naik. Masa no naik, aku pun pergilah jumpa pegawai tu. Masa die tengah nak kira duit, aku tanyalah pasal kad aku tak leh baca. Saje jer ngadu. hahaha. Dia jawab tapi aku tak dengar. hahaha. Dijadikan cerita, aku nak bank in RM34.60 tapi aku bagi kat pegawai tu RM51.00. Jadi masa aku tanya pasal kad tu, dia tengah kira baki. Dia bagi baki kat aku RM31.40, masa tu aku dah lah blur pasal slip. Jadi amik jer terus masuk poket.

Masa perjalanan pulang aku wat keluar duit aku, baru perasan duit tu terlebih. Aku rasa bersalah, apa patut aku lakukan. Sebab pegawai tu macam budak praktikal jer, masih takut2 nak kira duit dan sebelum tu aku nampak die duduk bahagian dalam kira duit. Aduh, aku rasa bersalah sangat2. Kalau korang, apa korang buat?

LogaMaya
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain