"1juta milik Anda" apa korang buat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tajuk ni macam tajuk karangan budak sekolah rendahkan. Tapi nak wat camne, tajuk ni memang best kita kongsi2 bercerita angan2 kita. Apa nak buat? Bagaimana nak guna? Mengapa 1juta? Apa lagi yek soalan yang sesuai bila berdepan dengan 1juta.

Kalau Omu bila diberi wang sebanyaknya dengan tiba2, first Omu akan ucap syukur sujud syukur. Lepas tu baru tanya kenapa dapat 1juta. hahahaha. Apa Omu nak buat yea? Omu rasa Omu akan simpan dalam tabung haji. Ok tak. Lepas tu, nak ajak semua adik beradik mak ayah pergi haji. Setel pergi haji barulah sakit baki guna untuk buat bisnes. Nak kembangkan duit tu.

Dan tidak sama sekali Omu amik gambar bersama duit2 Omu. Konon nak wat kenangan, ceh. Nanti orang lain akan manipulasi gambar duit Omu. Kesian pada mereka yang kene tipu. Omu jugak akan jadi "along baik" bagi pinjam kepada mereka yang sangat memerlukan. Baikkan hati Omu. Boleh ker?

Omu tak mungkin membeli kereta BMW atau seantero dengannya. Omu cuma pinjam jer untuk seminggu bagi mana2 kereta yang Omu suka. Omu hanya beli kereta jenama honda yang telah dimodified oleh adik Omu. Wah2 Omu mana ada lesen pun. Sekadar angan2kan. Apa lagi yek?

p/s:jom kita kongsi angan2 bila dapat 1juta.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain