Mengurangi berat badan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Omu nak berkongsi dengan readers Omu pasal perkembangan program diet Omu ni. Selama seminggu perjalanan diet yang tah pape, kenape tah pape? Sebab Omu langsung  tak buat senaman, langsung tak jaga pemakanan. Memang langsung tak memberi kesan pada pengurangan berat badan Omu. Omu sempat snap gambar timbangan berat badan Omu. Tengoklah :



Memang menyesal plak tak buat betul2. Yela target tinggi pastu seminggu lepas tak berapa hujan masa siang, boleh joging2.huhu. Tapi Omu duk sibuk mengadap laptop dan blog Omu. Omu memang tak bolehlah nak tinggalkan blog even sehari. Ceh, xleh blah. Tapi Omu nekad ni, minggu kedua ni, Omu nak diet menggunakan ubat herba pulak.

Omu nak buat eksperimen turun tak berat badan Omu ni. Ubat ni herba kampung yang tak berjenama dan bukan jenis macam teh orang kampung. Asyik berak jer. Ubat ni Omu suka sebab die boleh mengurangkan angin badan dan kalau pening kepala pun boleh kurang. Memang bestlah, harga pun murah. Kat bawah ni, Omu ss detail berat dan pemakanan Omu seminggu lepas.




Pemakanan Omu tak dapatlah nak ss sebab tak lengkap malas punya pasal. Nanti Omu buat lain kali. Lagipun  memang bagus kita tulis apa yang kita makan ni.

Teh C Special
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain