Makan CharKueyTeow di Jengka

Entri pasal tempat makan xde kaitan dengan kesihatan dan blogging tips. Tanggal 3 Dec, aku telah bergerak ke Jengka untuk berjalan-jalan makan angin.hahaha. Sebenarnya niat tu nak uruskan asrama bagi penginapan aku sem depan. Tapi malangnya, pihak HEP masih belum dapat memberi kata putus sebab kemasukan pelajar baru sangat banyak. Jadi mereka terpaksa meeting dulu.



Setelah selesai berbincang, kami sekeluarga telah bergerak menuju ke pusat jengka untuk mengisi perut yang kosong. Kedai ni ayah aku yang pilih,even aku dah setahun duk Jengka.Tapi kedai ni memang aku xpernah masuk. Jadi teruja sangat aku pun amiklah gambar papan tanda kedai dan charkueyteow die. Jom usha gambar kat bawah ni.


Inilah gambar kedai makan yang aku kata tu. Selalunya aku makan kat achik charkueyteow tapi hari tu ia tutup. Sedih kot. Tapi sedap jugaklah charkueyteow kat sini bezanya kuah dia kurang kicap berbanding achik charkueyteow.

Kalau datang pusat Jengka jangan lupa singgah kedai ni depan B5 yea.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain