Macam mana Tarik Trafik ke blog!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Omu nak berkongsi sedikit pengalaman Omu bagaimana nak dapatkan trafik ke blog. Sebelum itu, Omu nak bagitahu bahawa Omu memang xde member yang Omu kenal dalam dunia blog ni. Memang 100%, Omu tak kenal. Dari situlah, Omu berBW kenal dengan rakan2 baru dalam dunia blog. Kalau nak harapkan member Omu kat Facebook untuk dapatkan trafik. Sakitlah. Lagipun berapa kerat jer yang rajin nak menapak ke blog Omu ni. Tapi adalah akak tu yang paling banyak bantu Omu dalam blog, even die xde blog tapi selalu bagi semangat kat Omu. Terima kasih kak Noni.
Dari pengalaman itulah, Omu dapat rasakan pengisian blog Omu ni langsung tak menarik orang untuk membaca. Yela bila berBW baru naik trafik blog ni. Sedih sangat, tapi nak wat caner memang blog Omurice ni langsung tak menarik. Omu masih belum mampu nak mencari cerita yang sesuai untuk menarik orang masuk membaca di blog ni. Memang peninglah.

Jom kita terus kepada cara Omu jana trafik :

- Komen di blog yang ade commentluv
- Tinggalkan komen yang membina dan menarik.
- Tinggalkan komen dengan link blog korang bukan blogger id.
- Tinggalkan jejak pada shoutbox @ sbgnya. Lagi bagus letak tajuk latest n3.
- Tinggalkan komen di blog yang mempunyai tajuk latest n3 yang sama. Maksud nyer kita bertukar2 pendapatlah. Contoh n3 pasal sakit gigi, cari kat google search sakit gigi+blog.

Tu jelah yang cara lain Omu buat, Omu memang ikut semua cara blogger otai buat dan kat atas tu cara tambahan Omu buat. Tapi tak delah banyak mana pun trafik, sekadar cukup makan sebab blog Omu ni tak banyak pengisian yang menarik.


Teh C Special
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain