Langkah2 untuk mula berjimat

Langkah 1, buat bajet.
Hendak mula berjimat kita perlulah buat bajet. Kita berbajet supaya kita tahu setakat mana kemampuan kita untuk berjimat. Ia bersesuaian dengan aliran tunai kita setiap bulan. Fahamkan kenapa perlu ada bajet. Begitu juga dengan negara kita, ada bajet. Tak logik kalau nak berjimat tidak ada bajet.

- perangkaan masa.
Untuk membuat bajet, kita perlu mengetahui masa yang kita gunakan bagi bajet ini. Paling mudah jika kita menggunakan sebulan kerana dalam masa sebulan kita menerima gaji dan membayar bil2 tertentu.

- pendapatan.
Kita perlu menyenarai pendek pendapatan kita dalam masa sebulan. Perlu masukkan segala pendapatan atau duit yang kita terima dalam masa sebulan. Contohnya, gaji, jualan barangan dan sebagainya.

- perbelanjaan.
Kita juga perlu senaraikan perbelanjaan kita selama sebulan. Lebih baik andai anda menyimpan segala resit2 dan bil2 yang berkaitan supaya senang untuk anda melakukan anggaran. Termasuk insuran yang anda bayar, yuran anak2 dan sebagainya.

- lebihan tunai.
Lebihan ini setelah anda menolak segala pendapatan anda dengan perbelanjaan. Dengan aliran tunai inilah anda boleh mengganggarkan simpanan anda. Jika aliran tunai anda ialah negatif dimana perbelanjaan lebih dari pendapatan, anda perlu melihat tips untuk berjimat setiap hari. Sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan bulanan anda.

- simpan rekod bajet.
Anda perlulah menyimpan rekod perbelanjaan dan pendapatan anda setiap tahun supaya ia mudah untuk anda melihat balik sebagai rujukan. Anda boleh menyimpannya dalam bentuk hard atau soft copy.

Bagaimana? Anda boleh membuat langkah pertama dahulu sebelum menyusuri langkah seterusnya. Anda perlu mempunyai dorongan yang kuat untuk berjimat. Dorongan yang kuat ini membantu anda mengubah sikap anda dan juga tabiat anda ke arah yang lebih baik.

Langkah 2, mulakan simpanan wang. Simpanan ini mestilah bersesuaian dengan status aliran tunai anda setiap bulan supaya simpanan anda itu lebih lama dan anda langsung tidak menyentuhnya sehingga ia matang.

- tetapkan matlamat.
Anda perlulan menetapkan matlamat anda supaya simpanan anda itu mencapai target. Penjimatan yang anda lakukan adalah untuk matlamat itu. Selain itu, ia membantu anda untuk lebih berdisplin. Contohnya, simpanan untuk pengajian tinggi anak2. Anda boleh menyimpannya dengan potongan gaji anda sejak dari mereka kecil hinggalah simpanan itu mencapai nilai RM5000. Apabila cukup RM5000, anda bolehlah menghentikan potongan gaji anda itu. Biarkan RM5000 itu, membiak sendiri dengan faedah bank. Jadi apabila anda anak memasuki alam pengajian tinggi, anda tidak perlulah menggunakan PTPTN untuk membiayai yuran anak anda.

- memerhati rekod kewangan anda.
Untuk menjadikan matlamat simpanan anda tercapai anda perlulah memerhati perbelanjaan bulanan anda supaya anda mempunyai aliran tunai yang bersesuaian untuk matlamat penyimpanan anda.

- melabur.
Anda juga boleh membuat pelaburan yang mempunyai risiko yang rendah bagi mendapatkan simpanan yang tinggi nilainya berbanding simpanan biasa. Pelaburan anda perlulah di syarikat yang berdaftar dan menunjukkan prestasi pelaburan yang baik setiap tahun. Mungkin anda boleh menyertai pelaburan emas atau pelaburan matawang. Tapi ingat yang bersesuaian dengan anda. Jangan terlalu taksub untuk keuntungan yang cepat.

- strategi simpanan.
Jika anda dapati perbelanjaan anda melebihi pendapatan anda, anda perlulah mencari medium lain untuk mengurangkan perbelanjaan anda atau menambahkan pendapatan bulanan anda. Strategi ini mestilah mampu memberi lebihan aliran tunai yang banyak bagi simpanan anda. Anda boleh melihat tips untuk berjimat setiap hari bagi mengurangkan perbelanjaan anda.

Moga 2 langkah ini dapat membantu anda mula berjimat. Langkah ini adalah langkah asas yang perlu ada bagi mulakan berjimat. Anda perlu mempunyai asas ini supaya anda berada di landasan yang betul untuk berjimat.

p/s: anda boleh kongsikan pandangan anda mengenai langkah yang lain.

sumber dari mahalo.com





Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain