Kelebihan dan Keburukan Tak de Letrik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nak jadikan cerita, rumah aku tak de letrik sejak pukul 4ptg lagi. Dah la aku puasa harini, masak pun kelamkabut. Masak nasi kene guna dapur gas. Lauk pauk pun ala kadar jer, dah berlampukan lilin. Mana nak nampak, yang masak pulak mak aku. Aku? Duk kat luar tunggu lauk masak. Sempitlah dapur, sorang sudah. Dahlah esok nak jalan jauh, ingat nak masaklah rendang untuk bawak bekal masa balik kampung esok. Nampak gayanya, esok pagilah mak aku bersilat siapkan rendang.

Masa tak letrik ni, suasana sunyi jer. Perut berbunyi pun boleh dengar. Apatah lagi kentutkan. Meh, aku berkongsi kelebihan tak de letrik ni :
- Muhasabah diri sebentar
- Makan nasi macam zaman dulu2, dengan periuk nasinyer lilinnyer dengan lauknyer ikan kering.haha.
- Berkumpul satu famili setempat bercerita, macam dalam hutan berkumpul depan unggun api. Boleh eratkan silaturahim
- Masa yang panjang, mula terpikir kenapa zaman dulu lama berlalu.
- Tidur awal dan xperlu jaga malam tengok benda maksiat.
- Tetiba berSMS, dengan member yang lama xberhubung.
- Jimat letrik, hehe.

Banyak jugakkan kelebihan tak de letrik ni, tapi mampu ker kita semua berpikir macam tu. Jom usha plak keburukan tak de letrik :
- Aduh, blog aku. Camne ni!
- Hp aku bateri tinggal satu bar, camne ni nak gayut malam ni.
- Air minum dah nak abis, yela guna air bertapis lupa plak nak simpan dalam botol.
- Cinta Kirana terlepas. hoho
- Tahlah xtau dah.

Oklah korang, itu pandang aku bila tak de letrik. Lain orang lain dipikirnya. Yosh!!.

Teh C Special
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain