Bulan baru, Impian baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama2 terima kasih kepada blogger yang sudi datang mengunjungi blog Omu yang simple alam ni. Omu juga berterima kasih kepada follower yang sudi memfollow blog Omu ni. Omu juga nak minta maaf sebab 2 hari tak update dan tak BW. Omu sibuk sebab semalam adalah hari last praktikal Omu. Omu sedih sangat sebab firm Omu xbagi langsung saguhati kat Omu. Apa selama ni Omu ni xmembantu langsung ker? huhu.



Ok, buang sedih2. Hari ini adalah hari paling bermakna Omu sebab Omu sudah habis praktikal, Omu bebas selama sebulan untuk lakukan apa yang Omu suka. Dalam pada masa yang sama, Omu telah membuat program diet khas untuk Omu. Hari ini bermula saatnya. Program ni memang khas untuk Omu, sebab Omu yang tentukan pemakanan Omu.hahaha.

Tak tahulah, mampu ke tak Omu bertahan. Program diet ni memang ekstremlah.Nanti Omu akan postkan hasil2nya setiap seminggu sekali. Kita tengok ada perubahan ke tak. Omu juga nak ucapkan tahniah kepada kawan baik Omu sebab dah dapat kerja. Tak sampai 2 minggu menganggur, dia diterima kerja di audit firm sebagai audit assisstant. Bestkan. Jeles Omu, dah la dah ada pakwe yang caring. Lagilah bertuah dia. Omu doakan kebahagian dia.

Waduh nak bercerita apa lagi yek. Omu rasa bulan 12 ni, Omu nak lakukan perubahan pada attitude Omulah. Omu pelik ramai yang Omu jumpa semua kata Omu ni "rock". "rock" tang mane tah. Peliklah. Omu xsukalah "rock" ni. Omu nak lembut2. Cewah. hahahaha.

p/s: selamat bw semua.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain