Apa itu Mee Kolok?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Omu nak kasi tau pasal Mee Kolok. Apa itu Mee Kolok? Mee kolok ialah sejenis makanan yang sangat popular di negeri Sarawak. Omu suka sangat Mee kolok ni masa tahun akhir diploma Omu. Omu ni sebenarnya payah sikit nak makan mee. Tak kisah la yang penting namanya mee. Tapi tah macam mana boleh terjatuh cinta pada Mee kolok ni. Memang sedap lah.



Mee kolok ni, yang specialnya. Mee dia berbeza dengan mee yang berada di semenanjung Malaysia. Memang tak jumpalah kat semenanjung ni. Bentuknya macam megi tapi rasa bukan macam megi.Pergh, memang sedaplah. Badan Omu naik sebab makan Mee koloklah.hahaha. Taklah, Omu naik badan pun bukan sebab mee kolok jer tapi makanan lain yang sedap kat Sarawak.

Kebanyakan makanan Sarawak lebih banyak berasaskan lada hitam sebab pengeluar dan mempunyai tanaman lada hitam terbesar di Malaysia. Semua makanan yang dimasak oleh orang Sarawak memang kene dengan selera Omu. Sebab Omu suka sangat2 lada hitam. Tapi depends pada masakanlah, takkan gulai lemak cili nak letak lada hitam kot.hahaha.

Tapi sekarang kat semenanjung memang dah boleh dapat rasa Mee kolok dah pun. Sebab banyak permintaan dan sedap. Tak silap Omu "restoran dapur sarawak kat Desa Setapak",pernah masuk tv kan. Korang bolehlah cuba mee kolok kat sana. Ade 2 jenis, mee kolok goreng atau mee kolok.

gambar sumber klik pada gambar.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain