Akhirnya Berdomain jugak!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Omu nak bagitahu yang blog Omu satu lagi atas nama TehcSpecial telah di domainkan atas nama Logamaya. Logamaya? kenapa guna nama logamaya? Sebab Omu suka fizik. Jadi nama untuk Logamaya paling simple dan menarik dan senang untuk di ingat. Itu pendapat Omulah.

Omu beli domain ini menggunakan NetKL. Sebab ramai blogger yang Omu kenal menggunakan NetKL. Antaranya Zaer dan Cik tom. Yang Omu tahulah. Maybe banyak lagi tapi disebabkan 2 blogger inilah yang membuatkan Omu pun nak beli jugak. Memula masuk NetKL macam budak bodoh jer. Memang main klik2 jer.

Memula Omu cuma menggunakan pencarian nama domain yang boleh digunakan dulu. Memang banyak kali trylah semuanya dah digunakan. Sedih! Tapi disebabkan memang teruja nak merasa domain dan tambah pulak Cik Tom kata senang dan cepat jer NetKL tolong setupkan. Omu berusaha jugak mencari-cari, dan akhirnya nama Logamaya masih belum lagi dibeli mana2 pihak. hehehe.

Omu pun kliklah untuk seterusnya dan Omu sign uplah. Jadi NetKL pun menerbitkan invoice untuk Omu. Memula Omu nak bayar bank transfer. Jadi malam itu Omu pilih bank transfer. Tengahari esoknya, datang email kata overdue. Yelah sebab Omu tak bayar lagi. Omu cuaklah sebab takut domain itu dibatalkan. Omu tukarlah status payment, bayar gunakan paypal. Masa nak gunakan paypal, Omu chat2 dengan NetKL. Memang seronoklah sebab dia menjawab segala pertanyaan Omu.

Setel jer bayar paypal, Omu chatlah dengan operator tu kata dan bayar. Alik2 operator tu kata belum terima, Omu peliklah. Rupa2nya paypal  Omu yang ade masalah. Jadi Omu pun chat balik kata nak bayar menggunakan bank transfer. Petang tu jugak Omu pergi cari bank maybank dan bayar. Kat maybank ade lain pulak ceritanya...Pegawai Maybank, saya minta maaf!.

Dan tak sampai sejam, rasanya berminit2 jer kot. Tehcspecial dah jadi Logamaya. Dan buat pengetahuan semua Logamaya akan diterajui oleh rakan baik Omu. Ok, yosh!!!!.


LogaMaya
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain