Update Contest Teka RM dalam tabung


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih tak terhingga pada rakan2 blogger yang join contest ni. Omu tak terpikir akan seramai ni dan tak sangka masing2 banyak yang memberi jawapan yang sipi2 dengan nilai sebenar. Bukan ape, Omu masih baru dalam dunia blogging. Even blog ni dah lama namun Omu masih muda dalam bab2 blogging, mencari rakan blogger dan blogwalking.


Tambah lak dengan macam2 permainan dalam dunia blog ni. Ade yang meng'tag', bagi GA dan lucky number. Semua tu baru bagi Omu. Tapi Omu yakin masa2 akan datang Omu akan buat contest teka duit tabung ni sebagai acara tahunan blog Omu. Sebab Omu suka sangat simpan duit syiling dan mengumpul nyer lebih2 lagi duit 50sen.

Mungkin pada masa2 akan datang Omu mahu jadikan mengumpul syiling ni menjadi hobi tetap Omu. Dan mungkin Omu akan mengumpul jugak tabung duit syiling. Omu akan sediakan tempat dalam bilik Omu untuk penempatan tabung2 Omu. Dan mungkin Omu boleh jadikan ia pemangkin untuk anak2 Omu. hehe (Lom kawen ag) supaya dorang rajin kumpul duit.

Adik bongsu Omu pun sekarang suka simpan syiling kadang2 duk gaduh dengan die bila jumpa syiling kat rumah. Masing2 nak kumpul, tapi sebagai akak yang baik. Omu mengalah. Waduh Omu menyimpang jauh plak cerita pasal niat Omu ni. Sebenarnya Omu nak bagitau, masa penutupan contest ni pada 11.59mlm pada 20hb November 2010.

Dan apabila masuk sahaja 21hb, Omu akan mengumumkan pemenang nyer. Omu harap kepada pemenang contest ni, sila emailkan pada Omu alamat rumah sebab Omu nak pos hadiah terus ke rumah pemenang. Omu menggunakan CityLink sebagai agen penghantaran barang ni. Dan untuk topup, andai kata pemenang nyer menggunakan bil. Omu akan gantikan ia dengan tah la Omu lom pikir lagi.hehehe.

gambar ihsan google
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain