Pengalaman menurunkan berat badan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Kali ini, Omu ingin menyatakan bahawa Omu mahu menguruskan badan Omu. Berat badan yang berada dalam lingkungan Obses ni telah menggerunkan Omu. Apa taknya, mak Omu ada penyakit kencing manis. Jadi Omu perlulah berwaspada dari awal. Bertambah pula dengan info kesihatan yang Omu pernah baca, menyatakan bahawa apabila bayi tidak meminum susu ibu. Kebarangkalian untuk menghidapi kencing manis adalah tinggi.


Omu sedih, bila mak Omu kata Omu ni xsuka minum susu ibu. Omu lebih suka minum susu lembu. Cian mak Omu, jahatnya Omu. Masa kecik2 dah mula wat perangai. Bila besar ni baru tahu, "kencing manis ko". Omu terpaksalah kuatkan tekad hati ni untuk mengembalikan berat badan normal Omu iaitu 54kg. Sekarang ni, berat badan Omu ialah 66kg. Beratkan?

Bermulanya 1hb Disember ni, Omu telah membuat satu jadual atau program diet yang Omu sendiri buat berdasarkan kajian ke beberapa website tentang program diet paling berkesan. Omu akan postkan setiap seminggu sekali perkembangan Omu. Dengan cara ni, Omu berpendapat ia mampu mendisplinkan Omu. Omu telah siapkan program diet ni di microsoft excel. Ia termasuk masa, makanan yang dimakan dan tarikh timbangan berat badan.

p/s : Omu harap Omu mampu mengurangkan berat badan Omu dengan program diet Omu sendiri. Insyallah.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain