Mengenali Mereka yang Tidak Menyukai Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entri ini terwujud kerana Omu mahu berkongsi sedikit pengalaman Omu apabila berdepan dengan mereka yang tidak menyukai Omu. Omu dikategorikan sebagai manusia yang tidak suka bersosial sebab tu entri sebelum ni Omu ada senaraikan Jenis pekerjaan yang tak jumpa orang. Omu pun bekerja dalam bidang yang tak jumpa orang. Even, Bos pun Omu cuba elak untuk berdepan atau pun bagi penerangan.


Begitulah kehidupan Omu. Semasa belajar pun Omu memang tidak popular dikalangan rakan2 Omu sendiri. Dah la suka berdiam diri, payah nak senyum dan muka Omu ni dikategorikan mak mentua menyampah. Itulah kiasan bagi Omu ni. Berbalik pada tajuk ni, Omu dikelililng dengan mereka2 yang hipokrit dalam pergaulan bersahabat. Mereka payah untuk berkawan secara ikhlas, malah paling hebatnya. Mereka ni suka berkawan untuk kepentingan mereka. Itulah juga sifat yang ada pada perempuan, perempuan bila bab2 kawan ni pelik berbanding lelaki. Mungkin kerana perempuan dilahirkan dengan sifat yang sensitif.

Ini adalah sifat2 atau tingkahlaku mereka yang tidak menyukai anda pada pandangan Omu :
  • Mereka tidak akan makan makanan anda.
  • Mereka akan berdiam diri dan elak untuk berborak
  • Mereka akan layan anda baik tetiba sebab mereka baru saje mengumpat pasal anda
  • Mereka langsung tidak menjawab persoalan anda
  • Mereka banyak keluar atau berdiam diri di bilik bagi mengelak jumpa anda
  • Mereka akan bagi kerja yang payah2 kat anda 
  • Selalulah masuk ke FB mereka, kerana kat sana pasti akan ada kata2 perli tentang anda.
  • Apabila bergroup, salah seorang sahaja yang layan anda. Itu pun sebab kesian kat anda.

Itu adalah sifat2 mereka bagi pandangan Omu, tak de kaitan dengan mereka yang terasa. Kalau ada penambahan Omu alu-alukan.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain