Luahan hati Omu tentang Mak Ayah.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni, Omu nak bercerita pasal jodoh. Korang percaya pada jodoh atau pilihan mak? Sayang yang bagaimana korang pada mak ayah? Jujur dari hati Omu, hati Omu masih suci lagi sebab belum menerima cinta dan sayang dari seorang lelaki. Bagi Omu, biarlah jodoh Omu ni datang bergolek. Omu malas dan tak akan cuba untuk menggunakan cinta dan sayang sebelum berkahwin. Bagi Omu, biarlah cinta dan sayang ni lahir sendiri dalam perhubungan yang sah.


Omu tidak kolot, cuma Omu  tak mahu perhubungan  putus di tengah jalan. Dunia sekarang yang penuh dengan cabaran, liku dan duri mampu mengoyahkan sesebuah masjid yang dibina. Omu bukan la seorang yang "alim", Omu seperti gadis2 biasa yang mahukan seseorang yang menyayangi Omu sehingga akhir hayat Omu. Omu berharap sangat Omu menemui lelaki yang sangat rajin ke masjid, bertanggungjawab terhadap agama, menghormati wanita dan sanggup berjihad ke jalan Allah.

Mungkin korang pelik kan dengan pengakuan Omu ni. Mungkin korang memikirkan ketidaklogikan untuk berjumpa dengan jejaka yang diidamkan oleh Omu ni. Omu tau payah, susah dan tak logik akal untuk berjumpa jejaka seperti ni sekarang. Namun disebabkan niat Omu yang macam tu. Omu setia menunggu,
walaupun Omu bukan la sesuai untuk menjadi pilihan mereka. Yelah, perempuan yang baik untuk lelaki baik. Hurm, mengeluh jugak Omu bila tengok rakan2 Omu yang sebaya dan ada yang muda dari Omu, sudah mendirikan rumahtangga.

Tapi apakan daya, kemalasan untuk membuka mulut, bergaul dan bersosial membuatkan Omu lebih suka senyap. Lebih suka membaca info2 menarik dalam internet ni. Biarlah ia mungkin merugikan namun Omu suka dengan cara Omu ni. Omu lebih suka memerapkan diri dalam rumah dari keluar bersosial. Omu redha dengan jodoh Omu, Allah yang merancang segala nye. Andai kata, memang Omu dilahirkan untuk keseorangan Omu redha. Moga akhirat kelak menjamin kebahagian Omu.

Sebelum Omu ketemu dengan jodoh Omu, Omu nak berkhidmat sebaik mungkin untuk mak ayah Omu yang selama ni terlalu banyak Omu susahkan mereka. Omu banyak sangat ingkar dengan suruhan mereka. Omu banyak derhaka dengan mereka. Namun, mak ayah Omu tak pernah jemu2 berdoa untuk kebahagian Omu. Omu sedih sangat seawal usia 14tahun, Omu telah mengecewakan mak ayah Omu. Tapi mak ayah Omu tetap bantu Omu, sekali lagi semasa usia Omu 18tahun, Omu telah mengecewakan mak ayah Omu. Namun berkat doa mak ayah Omu, Omu tetap diberi peluang.

Kenapa? Kenapa begitu murah rezeki Omu namun Omu tetap lupa untuk menghargai pertolongan mak ayah Omu. Omu sedih. Omu banyak leka dengan peluang2 yang ada. Omu tersalah pilih kawan ke? Adakah hati Omu masih belum terbuka untuk membalas jasa baik mereka? Apa yang patut Omu lakukan? Bagaimana Omu mahu kekalkan sifat yang murni ni? Omu mahukan ketenangan dan dapat membalas budi dan jasa mak ayah Omu. Omu mahukan mereka tahu yang Omu sangat2 sayangkan mereka. Omu mahu membalas jasa dan budi dengan mendengar kata mak ayah Omu sebelum Omu terpaksa patuh dengan suami Omu. Insyallah.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain