Jenis Pekerjaan yang Tak Jumpa Orang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Di sini Omu ingin berkongsi dengan mereka2 yang sedang mencari pekerjaan yang sesuai dengan sifat mereka. Pekerjaan ni harus diambil kira sebelum anda memasuki alam Universiti. Maksud Omu ialah kursus yang menjadi pilihan anda dan sesuai dengan sifat anda yang tidak suka berjumpa dengan orang.

Sebelum itu, anda perlulah mengetahui sifat yang dimiliki oleh anda. Contohnya, semasa di sekolah atau di alam kanak2. Adakah anda suka bermain dengan kawan2 atau duduk di rumah? Adakah anda suka membantu guru2 dalam apa jua keadaan tanpa di paksa? Adakah anda suka menolong orang di kenduri kahwin? Jikalau anda jenis yang suka bantu guru, suka menolong orang di kenduri atau suka lepak dengan kawan2. Jadi ini BUKAN pekerjaan anda.


Ini kerana pekerjaan ini adalah untuk mereka yang tidak suka berjumpa dengan orang. Jenis- jenis pekerjaan yang tak jumpa orang adalah :
  • Akauntan - Pekerjaan ni hanya mengadap komputer setiap masa.
  • Komputer Programer - Memang mengadap komputer jer.
  • Penulis - hanya dengan penulisan dan alam mereka.
  • Ahli forensik - jumpa rambut orang, DNA orang, darah orang.
  • Penganalisa Bajet - Macam akauntan jugak, memerhati keadaan syarikat.
  • Penjaga Stor - sentiasa dengan stok2 barang.
  • Tukang masak - mengadap api dapur setiap masa.
Ini adalah serba sedikit jenis2 pekerjaan yang sesuai untuk mereka yang tak suka jumpa orang. Sumber ini datang dari Yahoo namun Omu tokok tambah sedikit bagi menampakan pekerjaan yang ada di Malaysia. Kepada anda sekalian, ada lagi tak pekerjaan yang sesuai bagi orang yang tak suka jumpa orang.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain