Impian Omurice untuk Bulan Disember ni

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minggu ni, Omu agak kemalasan nak ber BW ke blog rakan2. Omu mintak maaf yea. Bukan niat Omu xmahu BW, tapi kepala otak Omu serabut dengan pelbagai masalah yang menimpa Omu. Masalah ni xbesar tapi Omu sendiri yang terlalu pikirkan. Omu cuma mampu balas kunjungan mereka2 yang bertandang ke blog Omu ni.


Omu pelik la kenapa Omu terlalu payah untuk fokus dalam satu kerja. Omu kalau buat kerja mesti duk pikirkan kerja yang satu lagi yang belum siap. Hurm, payahkan. Sebab tu kot, pointer Omu xseberapa bagus. Makin lama makin menyesakkan keadaan.

Berbalik kepada impian Omurice, Omu mahu kemaskini blog Omu ni supaya friendly sikit. Omu jugak mahu menambahkan post2 yang berguna untuk tatapan rakan blogger. Omu mahu fokus lebih kepada Nuffnang ni. Omu mahu rasai ape yang mereka rasai bersama Nuffnang. Omu mahu buktikan kepada rakan2 Omu yang xberapa minat pada blog ni, sedar yang blog ni memberi kenangan manis kepada tuan blog nyer.

Memang jujurnya, rakan2 Omu xkira la degree atau diploma masing2 langsung xberminat pada blog. Omu pun xtau la nak tarik minat dorang lagi. Berbuih mulut dibuatnya. Tapi xpe asalkan Omu xhilang fokus masa belajar untuk sem akhir nanti. Blog adalah medium luahan hati paling maksima sebab Omu memang asingkan rakan blogger dan rakan yang mengenali Omu.

Maksud Omu, rakan di blog ni majoriti yang baru2 Omu kenal dan pelbagai jantina dan usia. Manakala facebook pulak, rakan yang memang mengenali Omu. Sebab tu Omu xminat nak letak page FB Omu. Bukan Omu nak berahsia cuma Omu mahu menambahkan lebih ramai rakan2. Dan mungkin di masa akan datang rakan blogger mungkin akan mengenali jugak Omu ni.Hehe.

Check list Disember ni:
  • setiap hari satu post
  • selepas subuh BW
  • lepas lunch belajar blogging tips
  • selepas isyak buat n3 dan balas bw
Hurm even check list ni xseberapa tapi Omu harap Omu akan patuh dengannya.hehe.Sembahyang mesti diutamakan baru dapat keberkatan.Insyallah.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain