Disebalik Nama Kopitiam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Omu nak bercerita pasal kopitiam, Omu hanya dengar cerita dari member Omu. Antara benar atau tak, korang sendirilah yang menilainya. Seperti yang paling utama kita tahu, kopitiam ni adalah warung kopi tapi bagi panggilan dari masyarakat cina. Maksudnya kalau melayu panggil warung kopi atau kedai kopi tapi masyarakat cina memanggilnya sebagai kopitiam.

Kopitiam adalah brandname bagi masyarakat cina punya kedai kopi. Untuk pengetahuan korang, kopitiam hanya digunakan bagi masyakat cina sahaja. Korang perhatilah sendiri, asal ada nama kopitiam pasti ownernya cina. Memang telah menjadi satu pengukuhan bagi mereka, kopitiam untuk masyarakat cina. Namun yang pelik masyarakat lain memang tak mampu nak menguasai pasaran kopitiam ni.

Sebagai contohnya, owner di tempat Omu ni. Dia keturunan india, seorang doktor dengan berani mencuba cara lain untuk menambah income. Dia telah membuka kedai makan dengan meletakkan "kopitiam" di pangkal namanya. Baru buka akhir tahun lepas, tapi akhir tahun ni dia telah menjual kedai tu kepada member dia seorang bangsa cina. Ini menunjukkan bahawa penguasaan masyarakat cina terhadap kopitiam sangat tinggi. 

p/s : ini adalah coretan saje, namun jika ada penambahan pasal kopitiam ni...Omu mohon penambahan ni...Moga Omu lebih tahu pasal kopitiam ini.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain