Apa itu Omurice?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni aku mahu menceritakan pasal Omurice. Siapa/Apa Omurice ni. Sebenarnya Omurice ni adalah Nasi pattaya. Alah nasi goreng yang kene bungkus dek telor. Tapi di negara Jepun ia dikenali ngan nama Omurice. Kenapa aku memilih nama Omurice? Aku ni peminat nasi goreng. Minat sangat2. Tapi aku ni xberapa minat Omurice sebab :
  1. Nasi yang digoreng kadang2 telah digoreng awal dan warnanya merah.
  2. Kuantiti nasinya sikit sebab kene bungkus kalau banyak pasti tak terbungkus.
Yang biasanya aku order la kan. Aku akan order nasi goreng biasa dan telor dadar. Hehehe. Bezanya di sini ia tidak di bungkus. Tapi masih yang sama. Sebab aku buat pilihan macamni :
  1. Nasi yang digoreng pasti "hot"
  2. Kuantiti nasi yang banyak
  3. Telornya yang xkene sos masam.
Okey, abis citer pasal makanan. Aku nak citer plak tentang diriku. Kenapa Omurice? Aku ni sebenarnya peminat setia citer2 Jepun masa zaman2 aku kecik2 lu. Aku penah berangan nak berhijrah ke Jepun. Hurm sampai ke tahap tu. Aku tengok belaka citer2 drama Jepun dan jugak Anime masa kecik2 lu time xde Astro. Ciap leh hafal dialog. Jadi bagi menghargai perasaan minat tu, aku telah mengadaptasi nama blogku ni dengan nama Jepun. Malah nama profile aku kat FB pun nama aku dalam bahasa Jepun.

Tapi korang jangan terkejut, aku sekarang langsung belum mendalami bahasa Jepun. hehe. Sebab sekarang aku jadi takut nak pergi Jepun. Yelah Jepun banyak gunung berapi dan orang2 nyer terlalu kuat sex. Hah! Bahya kan. Pandangan aku lah. Tapi niat tu masih ade nak ke Jepun, aku nak mendalami teknologi dorang. Hah,macam la dorang nak kongsi ngan aku.

Aku ni cuma manusia biasa yang memerlukan keperluan macam korang perlu kan. Bezanya adalah kuantiti,kualiti dan niat?..Aku masih belum berani mahu mengeluarkan fakta tentang diriku ni. Nanti akan aku slow menrangkak bertemu dengan korang.hehe...Aku makin lama makin suka berblog ni.Macam orang dan ragam dan info dan geram dan manis dan pahit aku dapat baca bila BW. Mula2 aku ingat Blog aku akan bersarang labah2 tapi berkat usaha dan tips2 dari rakan blogger yang aku terjah membuka mata aku dan minat dalam berblog ni.

Aku akan berusaha sedaya mungkin nak membantu korang mencapai trafik untuk blog korang. Aku bukan mahukan pembalasan tapi sebagai rakan blogger yang masih mampu dan ade masa dalam menterjah ke blog korang. Aku masih takut nak berkenalan dengan rakan2 blogger yang hebat. Serius aku takut. Sebab dorang sangat popular dan aku takut tak mampu menahan sedih? Hurm sedih camner tu? Aku pun tak tahu la.

p/s : apa pendapat korang tentang aku? Apa korang pikir bila tejah ke blog aku? Apa patut aku ubah @ tambah untuk blog aku?
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain