Tanda-tanda Stress Mental

Disebabkan sekarang ni musim student nak final, aku nak la menyenaraikan tanda-tanda korang stress mental. Maksud nyer, korang ade masalah otak masa korang stress. Antara nyer :
  • kurang memberi tumpuan
  • pelupa
  • tak mampu mengingat aktiviti/perkara lepas
  • tak mampu menerima maklumat baru
  • tak mampu mengingat aktiviti baru yang telah dilakukan
  • kurang koordinasi
  • pemikiran berputar dalam satu lingkungan
  • merasa susah dalam melakukan tugas yang senang
  • terlalu banyak melakukan kesalahan
  • tak terurus seperti sediakala
  • tak mampu membuat keputusan secara rasional
Bagaimana? Ada tak salah satu tanda yang korang rasai sekarang ni. Kalau ada makna nyer korang sedang mengalami stress otak. Otak korang tak mampu berfikir dengan betul,sebab tu muncul masalah ni. Jadi apa patut korang lakukan untuk mengatasi nyer. Korang boleh la melihat post sebelum ni mengenai peringatan : mari mengamal.Kat situ ade la amalan2 yang patut kita amal bagi mereka yang beragama Islam.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain