Peringatan 1: Mari menghitung MASA

Kali ini, entri agak Islamic sedikit. Entri ini terhasil atas nasihat akak rumah aku supaya menjadi iktibar kepada semua orang. Aku tak pasti dari mana asal usul artikel ini. Namun aku salin balik mengikut keselesaan aku membaca. Peringatan 1 ini mengenai Masa yang kita gunakan setiap hari. Adakah korang perasaan tentang Masa yang berlalu? Bagaimana korang menghabiskan Masa korang dalam sehari? Apa pengisian Masa korang dalam sehari? Apa kaitan Masa dengan kita sebagai umat Islam di muka bumi ini? Kalau di pikirkan banyak lagi persoalan yang bermain di pikiran ni, kita tinggalkan sebentar persoalan tu.



Berbalik tentang Masa, mari kita sama-sama menghitung Masa ;

1 hari = 24 jam
1 tahun = 12 bulan @ 52 minggu @ 365 hari @ 8760 jam

Umur normal manusia meninggal dunia ;
60 tahun < x < 70 tahun, kita ambil purata manusia meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Bermula nya manusia dihisab (perhitungan amal baik & buruk) apabila mereka baligh ;
Lelaki = 15 tahun
Perempuan = 12 tahun
Kita mengambil usia 15 tahun bermula nya manusia dihisab.

Mati - Baligh = 65 - 15 = 50 tahun.

Apa yang kita lakukan dalam masa 50 tahun ni?
50 tahun = 18250 hari = 458000 jam
24 jam = 12jam siang + 12jam malam

Aku harap korang belum bosan lagi dalam pengiraan masa ni, sesungguh nya Masa ni mampu melalaikan manusia dan meninggalkan manusia dalam kerugian.

Mari kita menghitung masa yang kita guna dalam seharian.

Waktu tidur = 8jam/hari
Kalau dalam 50 tahun, 18250 hari X 8jam = 146000jam = 16 tahun 7 bulan = 17 tahun

Waktu siang = 12jam
Kalau dalam 50 tahun = 18250 hari X 12jam = 219000jam = 25 tahun
Contoh aktiviti kita masa siang : bekerja,belajar,mengajar,bercinta,berjalan,dan macam2 lagi.

Waktu rehat = 4jam
Kalau dalam 50 tahun = 18250 hari X 4jam = 73000jam = 8 tahun
Contoh aktiviti rehat : menonton tv,makan,internet,games,movie dan macam2 lagi.

17tahun + 25tahun + 8tahun = 50tahun.

Mana amal ibadah kita, sedangkan kita di muka bumi ni hanya sementara. Korang tahu kan kenape kita berada di dunia. Dunia ini adalah tempat bagi manusia mencari pahala yang banyak bagi bekalan kita di suatu tempat yang hakiki. Ape lagi kalau bukan akhirat.

Mana cukup beribadat dengan solat wajib ajer. Solat 5 waktu, berapa minit jer. Depends pada korang melakukan nya, ade yang xsampai 10 minit. Kalau kita kira :
1 solat = 10 minit
5 solat = 1 jam campur sekali ngan wirid
50 tahun = 18250hari X 1jam = 2 tahun

2 tahun jer kita beribadat, biar betik???!!! Mana janji kita pada Allah sebagai Khalifah Allah. Nauzubillah, lupa nyer kita tentang ibadat kerana dunia. Sungguh halus masa meninggalkan kita, mengalpakan kita. Beribadat ni belum lagi kita kira pada mereka yang sembahyang macam ayam patuk makanan. Bapak la cepat nyer sembahyang. Baca aper tah la.

Kesimpulan dari atas, jangan kita terlalu taksub dunia. Banyak kan ibadat untuk pahala akhirat. Sesungguh nya Masa itu halus kita tak terasa akan pemergian nyer. Jangan leka duniawi, dunia hanya sementara. Ok nanti aku akan tulis entri sambungan dari ni bagaimana kita mahu mengatasi masalah ni.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain