KFC yang terbaik!

Kali aku nak bercerita pasal KFC. Aku sebenar nya tak berapa sangat dengan KFC ni. Tapi semenjak 2 menjak ni, aku asyik jer singgah di KFC ni. Ape tak nyer, promosi dia yang sangat la menjimatkan duit aku. Berbanding fast food yang lain. Dulu masa aku kat Sarawak tahun 2005-2008, aku selalu ke KFC sebab ada menu ayam  dengan nasi. Masa tu antara aku jarang ke KFC atau memang xde KFC semenanjung menyediakan nasi dan ayam. Kalau ade pun masa ade promosi jer. Tapi kat Sarawak memang jadi menu kekal. Lagipun, aku suka dia menggunakan kuah mashed potato. Makna nya dia menggantikan mashed potato dengan nasi. Kenyang dan berbaloi. Tapi sekarang aku dah xtau camner KFC Sarawak.

Sekarang aku xperlu dah pikir nak makan nasi kat KFC, sebab set Jom Jimat nya yang memang gempak. Kenyang dan berbaloi. Aik, ulang ayat sama plak. Set yang ade nasi memberi kelainan pada KFC, malah memeberikan kekenyangan pada pelanggan nya. Lagipun, memang orang Malaysia suka makan nasi dan ayam. Tapi xsemua orang mempunyai pendapat yang sama.

Sejak KFCH diterajui oleh Johor Corporation. Memang banyak perubahan yang dilakukan bagi menarik minat pelanggan. Bukan setakat makan jer, malah membuat program untk melahirkan kaum bumiputra yang otak berdaya saing dalam bisnes. Tengok saje lah, Catur Bistari yang dianjurkan oleh mereka. Memang mantap, tambah plak hadiahyang disediakan memang berbaloi.

Tahun ni, tak silap aku. Aku pernah menghadiri program yang dianjurkan oleh KFCH. Di mana mereka memperkatakan tentang arah tuju KFC Malaysia ni. Aku kagum sebab mereka mahu menjadikan KFC Malaysia ni menjadi hub makanan halal di Kemboja dan India. Makna nya mereka akan membuka minda orang luar betapa kuat nya semangat Malaysia mahu mewujudkan hub halal.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain