Kemalangan Jalan Raya, salah siapa?

Tajuk ni terlintas di pikiran kerana kemalangan maut 10.10.10. Kepada siapa patut kita tuding jari? Kalau kemalangan sebelum2 ni, kita salah kan pemandu nya. Tapi tragedi 10.10.10, ni pihak polis menyatakan pemandu nya langsung tiada rekod saman. Bas yang dipandu pun bersih dari rekod kemalangan. Hurm, salah siapa?

Jalan raya yang bengkang bengkok? xpun jalan straight jer
Pemandu bas yang banyak saman? xpun bersih dari rekod
Jalan raya yang sempit? xpun luas lagi tu, highway katakan
Bas cuba memotong dan bertindak bahaya? rasa nya highway tu xde plak adegan potong memotong yang bahaya.
Perjalanan bas pada waktu malam? kemalangan berlaku di siang hari.
Peraturan tak dikuatkuasa? pihak berkuatkuasa selalu membuat pemantauan.
Kempen jalanraya tak dijalankan? Banyak kempen kat tv suruh kita berhati2.

Banyak persoalan dan jawapan yang timbul dipikiran aku ni. Tapi kemalangan tetap berlaku, kenapa? Bagi aku lah, semua ni berlaku atas ketentuan Allah. Tengok jer lah, dah banyak kempen dibuat. Masih lagi berlaku kemalangan. Nak kata jalan? tak jugak. Jadi aku harap bila berlaku musibah mari lah kita sama2 berdoa supaya kita ingat bahawa Allah sahaja lah yang menentukan segala nya. Kita redha. Doakan kepada mereka2 supaya dirahmati dan ditempatkan di kalangan orang yang baik2. Wallahualam.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain