Had laju bas express 90km/jam


KUALA LUMPUR: Hampir 75 peratus daripada 28,158 responden yang mengambil bahagian dalam tinjauan pendapat dijalankan Berita Harian mengenai had laju sesuai untuk bas ekspres di lebuh raya mahu ia dikekalkan pada 90km/jam atau lebih rendah.

Sebanyak 11,160 responden atau 39.6 peratus percaya 90km/jam adalah paling wajar, manakala kira-kira 33 peratus mencadangkan ia ditetapkan pada kadar 80km/jam atau 70km/jam bagi mengelakkan kemalangan dan kehilangan nyawa di lebuh raya.

Seramai 5,389 responden atau 19.14 peratus bersetuju dengan had laju 80 km/jam, manakala 14.26 peratus (4,017) mahu had laju dikurangkan sehingga 70 km/jam. Hampir 26 peratus pula mahu had laju ditingkatkan sama ada sehingga 100km/jam (15.34 peratus atau 4,321) atau 110km/jam (11.63 peratus atau 3,274).

Reaksi berbeza responden terbabit diberi dalam tinjauan pendapat dijalankan Berita Harian Online sepanjang minggu lalu selepas kemalangan ngeri yang menyebabkan 12 kematian dan 40 cedera di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pedas, Negeri Sembilan.

Dalam kemalangan itu, bas Ekspres Delima dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh van dan tiga lagi kereta.

Pada 26 Disember tahun lalu, bas dua tingkat Sani Ekspres terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan 10 penumpang di tingkat bawah kenderaan itu maut akibat terkena tusukan besi penghadang jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan.

Kemalangan bas ekspres terburuk dalam sejarah kemalangan jalan raya berlaku pada Ogos 2007 di Kilometer 229 Lebuhraya Utara-Selatan di Bukit Gantang, Perak.
Bas ekspres itu dalam perjalanan dari Melaka ke Butterworth terbabas dan merempuh penghadang jalan kiri sebelum terjunam dalam parit sedalam lima meter mengakibatkan 22 penumpang terbunuh.

Tinjauan pendapat bertajuk “Berapakah had laju sesuai untuk bas ekspres bagi mengelak tragedi nahas berulang?, merumuskan sebahagian besar rakyat negara ini mahukan had laju sekarang bagi bas ekspres iaitu 90 km/jam dikekalkan atau dikurangkan sama ada kepada 80km/jam atau 70km/jam.

p/s : masalah nyer buat la had laju serendah mana tak de sape yang hirau pun. dorang stay gak bawak laju2. Lebih2 lagi malam. Korang cuba la naik bas kol 1pg pergi Melaka dari Kuantan, bas Transnasional. Bayangkan pada waktu2 biasa 4-5 jam baru sampai. Tapi korang boleh sampai dalam masa 3jam setengah jer. Hah?!!! laju kan...

sumber : berita harian online
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain