Color : Korang tahu pasal CVT?


Hari ni nak berkongsi sedikit pasal rawatan alternatif yang telah aku jalani. Rawatan ni dikenali sebagai Color Vibration Therapy (CVT). Kalau maksud dari homepage nya, ia gabungan keharmonian, keseimbangan, dan keberaturan tenaga dalam badan manusia. Dan yang aku tahu rawatan nya banyak menggunakan ais setiap kali mengambil ubat nya. Aku menerima rawatan ni sebab lecturer aku yang jadi agen bagi rawatan ni.

Cara rawatan nya berdasarkan pengalaman aku la, mula2 dia akan mengambil biodata kita. Nama, berat, tinggi, nama mak ayah, tarikh lahir dan tempat tinggal. Pastu dia akan kata yang dia nak membuat rawatan secara jarak jauh. Bila dah settel, biasa nya seminggu berdasarkan bilangan pesakit. Lecturer aku kata aku ni selalu pening kepala, kuat berangan, sakit bahagian tengkuk dan alahan makanan.

Apa yang dikatakan lecturer tu betol, sebijik kot. Pastu lecturer tu mulakan rawatan untuk mengenali organ yang menyebabkan ia berlaku dan mengetahui warna diri aku. Rawatan dia pelik. Aku kene pegang sesuatu dan dari situ dia boleh kesan organ yang lemah. Cam gambar kat bawah di ambil dari Kenali Warna blog.
Macam tu keadaan yang menggambarkan bagaimana lecturer aku telah melakukan rawatan terhadap aku. Lecturer aku akan pegang reseptor  aku sambil menekan ke bawah. Kalau kita dapat tahan dengan kuat makna nya tulah organ kita yang sakit. Mula2 aku ingat organ ak yang tak sakit. Habis selesai rawatan, lecturer aku kata aku ni sakit organ limpa dan medula oblagata. Limpa ni yang menyebabkan alahan makanan dan medula oblagata membuatkan aku sakit tengkuk.

Setiap organ yang sakit ni telah mempengaruhi sikap dan emosi kita. Hebat kan penemuan ni. Aku sebenar nya nak bercerita pasal warna diri. Sebab masa rawatan diterima aku telah diberitahu warna diri aku. Aku cenderung warna kuning padahal warna tu warna alahan aku. Kira nya kalau aku menggunakan warna tu ia melemahkan sistem emosi badan aku. Warna diri aku adalah hijau dalaman aku plak putih. Kalau korang penah menerima rawatan ni, bagi aku ia bagus sebab ia mampu mengubah aku. Tapi memang bagus la. Korang cuba la yea. Tak rugi.
Kelebihan rawatan :
  • Mengetahui organ yang sakit
  • Merawat organ yang sakit @ rawatan dari dalam badan
  • Ubat nya yang dari alam semulajadi dan halal
  • Satu2 nya rawatan bumiputera yang patut kita sokong
  • Kita akan tahu warna diri kita malah dari warna diri kita dibagitau cara kita belajar,penyakit minor dan majoriti,kemahiran dalam diri kita, kelemahan diri dan cara mengatasi masalah.
Ok setakat ni post aku. Aku akan sambung pasal warna hijau ni.



Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain