Ciri-ciri pasangan anda sebagai calon suami/isteri


Hah, kali ni Omu nak bercerita berdasarkan pengalaman Omu melihat pasangan2 couple yang terlalu bersepah2 sekarang. Niat tu bukan lah nak buruk kan lelaki/perempuan tetapi sebagai panduan mencari lelaki/perempuan menjadi teman kita sehingga kita mati.

Calon suami/isteri bagi pandangan Omu, biarlah dia :
  • Agama - agama mesti lah kat depan sebab kita hidup di dunia ni nak kumpul pahala untuk hidupan kita yang kekal nanti. Contoh nya, korang bergayut lah katakan. Bila masuk waktu ada tak si dia meng"stop"kan perbualan korang semata2 nak bersolat. Kalau ada, dah dekat tu ciri2 calon suami/isteri.
  • Masa - penggunaan masa si dia, menghabiskan masa ke arah apa? Kalau banyak masa dengan pasangan hati2 la sebab bila kahwin lain jadinya, bosan la katakan. Biarlah cari lelaki/isteri yang mengutamakan masa, si dia patut pandai menggunakan masa. Contoh nya, sibuk menyiapkan diri untuk menjadi suami/isteri kepada bini/laki dan anak2.(rumah,kerja,pendapatan dan sebagainya)
  • Hormat - si dia hormat tak korang selama korang menjalin percintaan. Adakah si dia menghormati korang, keluarga dan sahabat2 korang. Yang penting si dia menghormati kedua ibubapa kita. Jauh sekali mengutuk famili kita. Contoh nya, kalau keluar dating. Ada tak dia menyuruh korang mintak kebenaran dari famili korang.
Omu senaraikan 3 saja sebab 3 ni bagi Omu paling penting. Kenapa Omu kata agama yang utama? sebab Omu ikut suruhan nabi Muhammad. Memang tepat sangat kita patut mencari pasangan yang mengutamakan agama. Agama adalah segalanya, lagipun apa yang Omu tahu. Suami yang rajin bersembahyang di masjid dan banyak berbuat baik, pahala yang suami kita terima isteri pun terima pahala yang sama. Hah, indah nya Islam. Bagi Omu dunia ni sementara, kenapa perlu melihat perkara yang tak menjamin kebahagian akhirat. Kita yang rugi.

Omu tahu ramai kata payah kita nak cari pasangan yang baik macam tu pada zaman sekarang. Tapi Omu xkata cari yang bagus. Bagi Omu orang yang paling bagus menjadi calon hidup semati kita perlu lah mempunyai niat untuk ke arah kebaikan. Contoh nya, korang dah berpasangan lama dan macam2 berlaku dan salah sorang dari korang cuba mencari kebahagian melalui Islam. Mengajak korang ke arah kebaikan, hah itulah yang paling bagus. Bukan nya clash pastu cari yang lain. Sama jer hasil nya.

Kesimpulan dari tajuk ni, Omu doakan korang semua menerima pasangan yang baik2.insyallah. Dan pada mereka yang dah berkahwin sama2 lah berganding bahu mencari apa yang terbaik untuk rumah tangga korang. Kehidupan suami isteri memang pelengkap antara satu sama lain. Sentiasa bertolak ansur dan cari kebahagian dengan Islam.

p/s : doakan Omu menerima calon suami yang menjamin kebahagian Omu di akhirat kelak. Insyallah. Minta maaf gambar xsesuai. Ambil kat google.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain