3 cara menambah pahala dengan mudah

Entri ni aku nak kongsi dengan korang "bagaimana aku menghabiskan masa2 terluang aku dengan mengumpul pahala. Pahala senang nak cari cuma atas sikap kita dan niat hati kita. Hurm, hati korang macam dalam
gambar ni?  Sape tahu hati die macam ni memang aku tabik la. Berbalik pada tajuk ni, korang mesti tahu kan cara simple ni, cuma korang malas nak buat jer. Xpun alasan paling kukuh dan selalu orang guna "sibuk lah". Sibuk mana la kita ni, kita sebenar nya xsibuk tapi niat hati kita yang terlalu mementingkan dunia. Dunia ni xke mana, kita jer yang blah dari dunia ni. Mari aku bawak korang renung sejenak. Hah,sebelum tu korang jangan lupa yea menghitung Masa korang. Entri sebelum ni ade aku menekan kan tentang Masa yang telah kita gunakan. Hitungan ni mampu kita lihat kembali dan renung sejenak Masa yang telah kita buang tanpa kita sedari. Panjang plak aku menaip, padahal 3 cara jer yang aku selalu buat bagi menambah pahala selain solat wajib, solat sunat dan seantero dengan nyer.

3 cara yang selalu aku amalkan :
  • Semasa berjalan ke tempat kerja aku akan berzikir 300x (100x-selawat ke atas nabi,100x-subhanallah walhamdulillah walaillah haillallah,100x-subhanallah wabihamdih subhanallah hil azim)
  • Sebelum keluar rumah aku baca al-fatihah, ayat kursi dan surah al.ikhlas
  • Setiap kali masa terluang akan aku berzikir dengan mengucap "laillahailallah"
Pengalaman aku tentang zikir ni, mula2 aku mula zikir ni amatlah payah. Kadang2 xsampai 100x aku dah quit, pikiran aku kata "bapak la lama nak samapi 100x". Punya lah xikhlas aku berzikir. Tapi aku tetap buat walaupun masa tu aku belum nampak kehebatan zikir ni. Setiap hari kalau aku ingat aku akan buat. Kadang2 aku buat selepas Sembahyang. Ia mengambil masa setahun aku merasai kehebatan berzikir. First aku dapat rasa ketenangan yang xpernah aku capai. Second, aku rasa sekejap sangat aku lafaz zikir. Sampai kan lebih dari 300x aku wat. Masyallah, hebat nya zikir ni. Aku sentiasa cuba untuk lakukan zikir ni hampir setiap masa.

Insyallah, moga cara ni dapat korang terpikir kan sesuatu dan gerak kan sebelum terlambat. Nyawa xkira usia. wallahualam.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain