Meninggalkan Solat Wajib - Dahsyat 13

Ambo baru selesai menonton rancangan Dahsyat 13 di Astro Oasis (10.30-11.00mlm-sabtu). Hari ni membincangkan tentang Solat wajib. Membincangkan kenapa,bagaimana,dan akibat dari meninggalkan solat wajib.

Ambo suka sangat rancangan ni, walaupun pertama kali ambo menontonnya. Pengisian bagi setiap tajuk adalah sangat bagus, termasuk dengan cara penyelesaian. Kita sebagai hamba Allah patut menjadikan rancangan ni salah satu pengisian rohani kita. Walaupun, ia di anggap remeh bagi segelintir manusia. Tapi ingat la bahawanya akhir nya kita akan kembali kepada Nya jua.


Bagaimana kita lupa untuk menunaikannya?
  • Leka dengan duniawi(internet,shopping,kerja)
  • Pendekatan mak ayah terhadap solat, anak terikut dengan sikap mak ayah.
  • Pemilihan kawan, kawan mempengaruhi rajin kita bersolat.
  • Terlalu banyak melakukan dosa sampai pintu hati tertutup mengecapi nikmat@pahala solat
  • Tidak mengetahui balasan di akhirat.




    
    Cara penyelesaian?
    • Mak ayah patut memberi tunjuk ajar yang baik
    • Pemilihan kawan
    • Niatkan hati untuk berubah 
    • Beli buku tentang solat,hukum tinggalkan solat
    • Banyak mendengar, menonton rancangan kerohanian.
    Mungkin banyak lagi sebab2 dan cara penyelesaian yang ambo tak nampak. Tapi ini sebahagian dari apa yang ambo tonton dan dari pengalaman ambo. Ambo akui shopping mampu melekakan kita meninggalkan solat. Tapi tu semua boleh di atasi jikalau orang yang bersama kita semasa shopping adalah jenis memberatkan solat, insyaallah kita tak kan tinggalkan solat.

    Kadang2 sesetengah orang  tak selesa nak bersolat sebab keletihan bershopping dan keadaan badan yang melekit. Tapi semua tu alasan bagi sesiapa yang meremehkan solat. Ambo tak salahkan sesiapa cuma ambo harap kita sama2 la beringat. Insyaallah.

    Bagi menambahkan bacaan tentang solat, ambo ada link tentang hukum meninggalkan solat:
    Post a Comment

    Ratings and Recommendations by outbrain