Kelebihan Membaca

Kali ni ambo mahu memberi pendapat ambo tentang kelebihan membaca ni. Dulu masa ambo kecik2 ambo ni lambat sikit pandai membaca. Tak silap umur ambo 8tahun. Lambat kan, buku ambo pertama yang ambo baca adalah Aladdin. Ambo baca berulang kali, kuat-kuat sampai kan mak sedara ambo naik bosan dengar cerita tu.


Ambo nak berkongsi dengan korang, membaca ni tidak merugikan. Sebab nye dengan membaca kita dapat banyak pengetahuan. Contoh nye, ambo ni. Ambo tak tahu sangat pasal blog ni. Cuma pendapat ambo blog ni meremehkan malah membuat dosa. Yela ambo pikir,blog ni tempat mengumpat, bergosip tentang artis. Rupa-rupa nya, ambo salah tafsir selama ni. Awal tahun ni baru ambo tahu banyak cara boleh kita buat dengan blog ni. Malah kita boleh mengenali orang lebih rapat kerana dengan membaca. Medium nye adalah blog.

Tapi ambo payah nak jumpa blog yang betul2 ikhlas dalam memberikan pendapat. Yela masuk jer blog orang banyak sangat iklan sampai ambo serabut tengok. Malah ade yang  tak terurus. Ambo suka blogwalking ni,sebab dalam mind set ambo. Ambo nak menceburi bidang blog ni dengan lebih mendalam lagi. Ambo mahu kan pembaca ambo tersendiri. Mungkin impian ambo ni terlalu tinggi. Yela tengok la dengan keadaan blog ambo yang tak cantik, tak de gambar. Kosong jer.

Ambo harap tahun depan impian ambo tercapai. Ok, berbalik pada kelebihan membaca ni. Ambo mahu senarai kan manfaat dari membaca terutama membaca blog.
  • Maklumat yang disampaikan oleh blogger dapat dikongsi bersama. Malah lebih cepat tersebar.
  • Boleh mengetahui bagaimana blogger ni mampu mendapat duit dengan blogging.
  • Boleh meningkatkan penguasaan bahasa lain.
  • Dapat bahan bacaan yang free malah boleh berkongsi2.
  • Boleh membeli barang secara online, murah dan berkualiti.
  • Boleh berkongsi kejayaan, menimba ilmu dari orang dah berjaya.
  • Meningkatkan penguasaan keyboard hehehe, sebab sibuk mengomen blog orang.
Hurm, yang penting sekali kita memang perlu wujudkan budaya membaca ni. Tengok saje la bangsa Jepun, walaupun mereka suka main tapi membaca masih lagi mereka amalkan. Jadi mula kan membaca dari sekarang.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain