Tak sangka terserempak dengan krew 'hero seorang cinderella' kat Quill mall.

Quill mall tempat februt ak kalau jenjalan sebab sunyi bersih dan tandas terbaik. Memang ak tahu dorang gunakan mall tu utk scene dalam citer ni. Tapi tak sangka ak betul2 jumpa. Yela masa tengok citer tu, ak cakap lam hati " nape la tak terserempak dengan dorang ni". Then hari ni 14 June jumpa dorang hidup2 tengah buat shooting.

Ak layan jap tengok dorang. Tak de la na tunggu sampai boleh salam. Ak kejar masa..

Alhamdulillah rezeki Allah, kita mana tahu.

Alhamdulillah, itu ungkap yang paling terbaik untuk mengucap syukur pada Allah. Seronok bekerja sekarang walaupun kekurangan staff, kecerewetan pelanggan dan kengkangan cuti namun tidak langsung terasa stress.

Semua berjalan dengan baik walaupun pada awalnya terpaksa tidur di hotel akibat tidak selesa dengan hostel. Allah maha adil, Die memang akan hadiahkan nikmat berharga kalau kita sanggup bersabar. Inilah nikmat yang paling bermakna.

Moga bulan seterus lebih baik lagi.. insya Allah. Nak cerita panjang hal kerja, macam tak sesuai. Biarlah ia terbuku di hati betapa lega dan syukur dengan nikmat Allah telah berikan.

Harap pembaca sekalian, bersabarlah dengan dugaan yang menimpa dan jangan putus untuk berdoa dan beribadah padaNya. Insya Allah, ada balasan menanti.

Twister @ KFC

Kali ini, twister dengan sos yang lebih sedap. Hot & Zesty twister memang sedap masam pedas dan rangup. Memang terbaik bila perut lapar.

Ditambah dengan sayur dan kepingan ayam rangup. Sos pedas masam memang menepati citarasa malaysia. Harga yang murah RM6.50 sangat berbaloi untuk dinikmati.

Manakala cheezy twister pula adalah dari lil cheezy wrap value treat tahun lepas. Ia diperbesarkan dengan tambahan sayur dan sos cheezy yang lazat.

Jangan ketinggalan untuk menikmatinya sebelum terlambat.

New Value treat @ KFC

Setiap tahun pasti ada kelainan dan penambahbaikan. Begitu juga dengan KFC pada tahun 2017, value treat yang ditawarkan sangat murah berbaloi dengan harga.

Pilihan yang lebih banyak membuatkan kita terasa dihargai kerana citarasa yang pelbagai. Tahun lepas ia ada 4 pilihan namun tahun ini, 5 pilihan didatangkan khas untuk pelanggan setia KFC.

Harga bermula RM3.90, kita boleh menikmati zinger slider yang masam dan berkeju, salsa roller yang sedap masam2, sup cendawan dengan tambahan jagung dan ayam cincang. Memang berbaloi. Murah dan kenyang.

Untuk pilihan yang lebih besar, loaded potato dan shoyuken nasi ala2 jepun. RM5.90. Memang terbaik. Apa tunggu lagi, kunjungi KFC berdekatan anda untuk merasai sendiri value treat ini.

5 penyelesaian kewangan

Penyelesaian kewangan penting untuk bebaskan diri kita dari masalah hutang dan stress. Kita akan stress bila tanya pasal kewangan dan duit. Apabila kita kenal dengan masalah kewangan kita maka kita mampu untuk menyelesaikan masalah kewangan kita.

Mengenal pasti kedudukan kewangan kita adalah penting untuk memperbaiki matlamat kewangan pada masa akan datang. Setiap tahun matlamat kewangan kita sentiasa berubah. Jadi 5 penyelesaian kewangan kita boleh lakukan.

1) Semak sentiasa aliran tunai kita.
Dengan menyemak aliran tunai kita, kita akan mengetahui wang masuk dan keluar secara sistematik. Kita boleh mencorak perbelanjaan kita dan mengawal sikap berbelanja.

2) Memberi keutamaan untuk diri sendiri.
Bayar diri kita sebaik sahaja kita menerima gaji. Sekurang2nya 10% dari gaji bulanan kita. Kita akan tingkatkan lebih dari 10% dengan mengambil kira kadar inflasi. Lagi mudah jika kita membuat auto debit ke akaun simpanan supaya ia lebih teratur dan berterusan.

3) Uruskan hutang kita dengan bijak.
Senaraikan hutang kita mengikut urutan jumlah ansuran, baki hutang, kos pinjaman dan tempoh bayaran. Kita lunaskan dahulu hutang yang mempunyai faedah yang tinggi. Percayalah sekali hutang dilunaskan senang untuk kita lunaskan hutang seterusnya.

4) Tingkatkan pelan pelaburan.
Selepas selesai lunaskan satu hutang, jangan sesekali menambah hutang tapi sebaliknya mencari pelaburan jangka masa panjang. Contohnya, unit trust atau emas. Cari dan timba ilmu tentang pelaburan atau rujuk pakar kewangan untuk memastikan produk pelaburan yang bersesuaian.

5) Bersedekah.
Untuk mendapatkan keberkatan duit kita. Kita perlu bersedekah. Paling dekat ahli keluarga kita lebih2 lagi emak ayah kita. Hulurkan duit atau barang2 dapur yang penting ia adalah wang gaji kita yang halal. Baru dapat keberkatan dan in sya Allah rezeki bertambah2.

Jalan penyelesaian kewangan ini memang terkenal bila ditanya untuk resolusi kewangan. Pergilah tanya pakar kewangan paling utama mereka katakan adalah hutang. Ingat jangan sesekali menambah hutang kita akan merana sampai bila2. Moga dengan 5 penyelesaian kewangan ini membantu anda mengorak langkah di tahun 2017 ini.


Ratings and Recommendations by outbrain